free web hosting | free website | Web Hosting | Free Website Submission | shopping cart | Promoter Online | php hosting
affordable web hosting Pets web page hosting web hosting website hosting web hosting service web hosting web host

Hanya Takdir Penentu Segalanya

"Maafkan Rila... maafkan Rila..." Itu sahaja kata-kata yang mampu Rila lafazkan. Dia tidak sangka perkara ini akan terjadi. Kekesalan membuak dihatinya namun tiada apa yang dapat dilakukan untuk memulihkan keadaan. Airmata mengalir deras dipipi sambil dia memandang pada insan yang terlantar lesu di atas katil dihadapannya.

"Im, maafkan Rila, ye?" rintih Rila sambil memandang lemah pada insan yang bernama Imran. Jejaka yang suatu ketika dahulu dimusuhinya dan yang pernah dicintainya. Namun tiada kelihatan tanda-tanda yang Imran akan sedar. Imran yang di dalam wad ICU kelihatan pucat dan resah seolah-olah sedang berjuang dengan maut yang akan menimpanya. Kekesalan jelas terpancar di wajah Rila.

"Ya Allah, apa yang telah aku lakukan? Ampunkanlah dosa ku. Pulihkanlah jejaka ini dan berikanlah aku peluang untuk berbaik semula dengannya lantas menghapuskan dosa-dosa ku ini terhadapnya," Rila berdoa sambil matanya dipejamkan.

Tatkala itu, teringat Rila akan kisah yang berlaku antara dia dengan Imran beberapa tahun yang lalu. Zaman di mana mereka berdua bergelar remaja...

Imran, seorang yang amat aktif dalam sukan bolasepaknya di sekolah menengah dahulu. Namun dia sering mengabaikan pelajarannya. Manakala Rila pula seorang gadis yang amat tekun dalam pelajaran dan mempunyai cita-cita yang melambung tinggi. Tanpa pengetahuan Rila, Imran sebenarnya amat meminati gadis itu dan sering melihat dirinya dari jauh. Imran minat pada kesederhanaan Rila. Rila, baginya, seseorang yang berkarisma dan tidak kurang pula wajahnya yang putih kemerah-merahan.

Suatu petang selepas tamat sekolah, Imran cuba ingin berkenalan dengan gadis idamannya itu. Dia tidak sesekali menyangka akan sambutan dingin dari Rila terhadap dirinya. Sudah berkali-kali dia cuba mendekati Rila tapi Rila sering saja mengelakkan diri dari Imran. Imran pasrah tapi ditabahkan jua semangat kerana baginya Rila terlalu istimewa.

"Mat, aku syoklah dengan si Rila tu, tapi apasal dia buat tak tahu ajer pasal aku?" Imran mengeluh pada teman baiknya, Mamat.

"Hah! Kau syok kat Rila? Kau biar benar Im. Dektu kan tak suka dengan lelaki. Tak salah aku dia memang anti lelaki. Dulu aku pun cuba jugak tapi dia buat dunnoe jer," Mamat memberitahu Imran. Imran hanya mendiamkan diri tetapi telah menanam tekad untuk cuba mendapatkan Rila. Semenjak itu, Imran mula mengikuti setiap gerak-geri Rila tanpa pengetahuan Rila. Adakalanya, Imran akan berasa cemburu sekiranya Rila mendampingi jejaka lain selainnya. Walaupun dia tahu Rila bukan miliknya, tetapi Imran masih berasa bahawa dialah jejaka yang layak mendekati Rila.

Suatu hari, Imran cuba sekali lagi mendekati Rila. Tanpa disangka-sangka, kali ini sambutan Rila baik sekali. Imran tersenyum seorang diri bila mengingatkan akan senyuman yang diberi Rila bila dirinya menegur Rila semasa pulang dari sekolah. Sejak hari itu, Imran mula memulakan langkah untuk mengenali Rila dengan rapat lagi. Rila yang pada mulanya memang tidak menyukai lelaki dan tidak mahu jatuh cinta mula tertarik hati dengan setiap perhatian yang Imran berikan padanya. Cinta mula bersemi dihati kedua-dua insan itu. Mereka mula berasa selesa bersama. Bergurau dan tertawa. Belajar bersama walaupun dahulu Imran kurang meminati. Kini Imran juga turut tekun belajar. Mereka sering kelihatan bersama sehinggalah mereka menyambungkan pelajaran. Kini Imran belajar di polytechnic dan Rila pula ke JC.

Namun pelangi yang menyinari awan biru hanya sementara sahaja. Jarak yang jauh memisahkan dan mencuri masa untuk mereka bertemu. Itulah permulaan sebuah kepahitan bagi perhubungan mereka.

Kebelakangan ini, Rila mendapati Imran sering berjauhan darinya. Puas sudah Rila mencuba untuk mendekatinya tetapi Imran masih bersikap dingin terhadapnya. "Apakah silapku Im. Dimanakah kau? Adakah kau telah jemu denganku?" detik isi hati Rila. Dirinya sedih diperlakukan begitu. Sudah dua tahun perhubungan Norila dengan Imran. Malah mereka telah berjanji sesama sendiri akan bernikah setelah selesai kuliah.

Petang itu, Rila sekali lagi cuba untuk menghubungi Imran. Namun Rila tidak dapat menembusi talian di telefon bimbit Imran. Rila tekad untuk berjumpa dengan Imran di rumahnya. Mungkin itu cara yang terbaik. Dalam perjalanan ke rumah Imran, hatinya berdegup kencang. Rila merasakan bahawa dia akan melihat sesuatu yang tidak diingininya. Tiba-tiba, matanya beralih kepada sepasang manusia yang sedang berjalan dihadapannya. Rila amat mengenali susuk tubuh itu.... "ARGGGG!!! TIDDDDAK MUNGKIN!!" jerit Rila.

Gadis itu kelihatan begitu mesra mendampingi Imran. Gelak tertawa gadis itu seakan mentertawakan Rila yang merasakan dirinya terlalu bodoh kerana mempercayai Imran selama ini. Walaupun sakit hatinya melihat pemandangan sedemikian, Rila masih tetap merenung tepat ke arah mereka berdua. Seluruh tubuhnya terasa panas dan dia tidak dapat mengawal perasaannya. Rila meneruskan langkah walau pada hakikatnya hatinya terguris pilu. Matanya tidak lekang dari melihat Imran yang begitu mesra dengan gadis itu. Setiba di depan rumah Imran, Rila cuba tersenyum agar tidak nampak akan kekecewaannya dihadapan Imran. Rila cuba kelihatan tenang walaupun hatinya telah hancur dan musnah. Imran kaget melihat Rila di situ. Tiada kata-kata yang dapat terkeluar dari mulutnya tatkala melihat Rila berdiri dihadapan matanya. Rila kelihatan begitu tenang. Hati Imran berdegup kencang namun dia masih lagi memimpin tangan gadis yang didampinginya.

"Im..." Rila memulakan bicara. "Puas Rila call but you seem to be avoiding me.. Why?" Rila bertanya dalam suara yang serak. Sebak menahan tangisan dan airmata yang hendak keluar. "Im... errmmm... Im," Imran tidak dapat menjawab.

Gadis disisi Imran melihat sandiwara itu dengan penuh tanda tanya. Tidak diketahui olehnya apakah hubungan jejaka yang bakal menjadi tunangnya itu dengan gadis yang tinggi lampai dan manis yang berdiri dihadapannya.

"Tak apalah Im. Rila faham. Rila mengerti. Maafkan Rila kerana mengganggu." Rila mula mengorak langkah untuk pergi apabila ibu Imran menegurnya.

"Eh Rila, bila sampai? Marilah masuk. Oh ye, ni makcik kenalkan Iffah, Iffah Natasya, bakal tunang Imran." Makcik Suraya tersenyum sambil memperkenalkan Iffah Natasya kepada Norila. Memang makcik Suraya telah menganggap Norila sebagai anaknya malah dia amat berterima kasih pada gadis itu kerana gadis itulah yang telah berjaya membuat anaknya Imran berminat dengan pelajaran semula. Tetapi tidak diketahui olehnya bahawa disebalik persahabatan Norila yang akrab dengan anaknya itu, telah tersemai sebuah janji yang akan menyatukan kedua-dua remaja itu. Hati Rila tersentap dan beliau merasakan bahawa tali jantungnya hampir putus bila mendengar kata-kata Makcik Suraya. Dia menghulurkan tangannya yang tiba-tiba terasa amat berat kepada Iffah.

"Hai..saya Rila, teman karib Imran. Saya tak tahu yang Imran akan bertunang. Mungkin Tuhan hendak menduga." Rila berkata dengan bersahaja pada Iffah. Imran hanya sekadar menjadi pemerhati. Namun hatinya berbelah bagi. Masih ada perasaan sayang terhadap gadis itu tapi atas permintaan keluarganya, beliau terpaksa menerima Iffa Natasya. Gadis pilihan ibunya. Niat dihati ingin memperkenalkan Norila kekasihnya itu terpaksa dibatalkan.

Iffah menyambut salaman Rila tanpa ragu-ragu. Dia perhatikan seperti ada yang tersembunyi diantara Imran dan Rila. Iffah menjemput Rila masuk ke rumah namun Rila membuat alasan ada temujanji lalu bergegas meninggalkan mereka tercegat di depan pintu. Keheningan petang itu tidak dapat membaiki keadaan. Rila berlalu dan tidak sekalipun menoleh kebelakang. Di dalam hati, Imran menjadi serba-salah. Bagaikan simalakama, hatinya terbahagi dua. Antara keluarga yang dihormati dan Rila, insan yang amat disayangi. Dia melihat akan raut wajah ibunya dan Iffah. Ternyata mereka tidak mengetahui apa yang tersirat dihati. Di pandang pula ke arah Rila yang kian hilang dari pandangan.

"Maafkan Im, Rila. Im tak tahu apa yang harus dilakukan. Bukan Im sengaja untuk menyakiti hatimu kerana Im amat sayang padamu," Kata-kata hanya di dalam hati tidak akan merubah keadaan.

Malam itu, Imran kelihatan resah. Dia cuba melelapkan matanya tetapi dia tidak berjaya. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul tiga pagi. Petang tadi dia merasa begitu penat tetapi setelah terserempak dengan Rila, ingatannya mula menerawang dan mengingati gadis manis itu.

"Rila, Im minta maaf sayang. Im terpaksa mengikut kehendak keluarga." Imran berbisik seorang diri didalam hati. Dia mula merindui gadis itu. Tersenyum sendiri bila mengenangkan sifat manja Norila terhadapnya. Masih jelas kedengaran suara dan deraian ketawa Rila yang manja. Imran pasrah dan berhajat untuk berjumpa Norila dan memberitahu perkara yang sebenarnya. Dia tahu bahawa dalam hal ini, dia yang harus dipersalahkan kerana tergamak melukakan hati seorang gadis yang amat beliau cintai sepenuh hati.

"Rila, percayalah… hatiku ini hanya untuk mu seorang. Kau gadis awal dan akhir buatku walaupun aku harus bertunang dan menikahi Iffah," Imran mengeluh dan terlelap jua sambil menanam tekad untuk berjumpa dengan gadis yang beliau amat rindui dan cintai.

Keesokan paginya, Imran telah berangkat awal untuk pergi menemui Rila. Beliau cuba mencari Rila di rumahnya tetapi telah diberitahu bahawa Rila telah ke kuliah. Imran mempercepatkan langkahnya kerana dia tahu Rila akan menaiki MRT pada waktu begini. Setiba di stesen, Imran mencari-cari gadis idamannya itu namun beliau gagal. Hampa dan kecewa dirasai oleh Imran. Imran membiarkan MRT itu berlalu dihadapannya. Hatinya hancur dan musnah. Tiba-tiba, telefon bimbit Imran berdering kuat. Diamati nombor di telefonnya itu. "Nombor telefon Rila." bisik Imran lalu beliau menjawap panggilan itu.

"Assalamualaikum Rila..." suara Imran bergetar. "Waalaikumsalaam, Im.." terdengar merdu dan lembut suara Rila. Imran tersenyum seorang diri. "Im, Rila nak minta maaf kerana mengganggu Im pagi ini. Rila janji selepas ni Rila tak akan ganggu lagi." Imran terperanjat dengan kata-kata Rila itu tetapi dia tidak mampu bersuara. "Rila cuma nak cakap yang Rila nak pergi overseas and stay dengan my aunt. Maybe i might further my studies there too." Rila berbicara lembut. Imran tersentak. "Kenapa? Rila tak sayang Imran lagi?" tanya Imran tidak puas hati. "Tidak, bukan tidak sayang tetapi kerana sayanglah Rila pergi. Rila tak mahu menjadi orang ketiga dalam perhubungan Im & Iffah. Rila ingin melihat Im gembira dan bahagia. Maafkanlah Rila and please, don’t look for me." Dengan itu, Rila meletakkan telefon. Imran tergamam tetapi masih mampu untuk cuba menghubungi Rila lagi tetapi Rila telah mematikan telefonnya.

"Selamat tinggal Imran. Rila pergi tidak akan kembali." Rila berdetik dan mula menanam dendam terhadap insan bernama lelaki.

Mendengarkan kata-kata kecewa dari insan yang amat disayangi membuat Imran hilang punca. Dia hanya terdiam dan tidak tahu apa yang harus difikirkan.

"Ini semua salahku. Sanggup aku melukakan hatinya padahal selama ini dia sayangkan aku. Aku sanggup korbankan kasih sayangnya kerana seorang gadis yang dipilih oleh keluarga. Mengapa malang sungguh nasibku…" Imran hanya mampu melangkah longlai tanpa menghiraukan sekelilingnya.

"Excuse me!"

"Oh my God!"

"Stop the train!"

Keretapi yang baru tiba di perhentian diberhentikan. Ada beberapa orang penumpang yang terjatuh kerana ia berlaku secara mendadak.

"Oh my God! Is he ok?"

"He's bleeding. Quick! Call the ambulance..."

Itu sahaja yang didengar oleh Imran. Dia tidak tahu apa yang berlaku. Dia hanya sedar ada seseorang yang melanggarnya dari belakang lalu terjatuh. Imran dikejarkan ke hospital dengan segera. Ibubapa dan bakal tunangnya juga telah diberitahu. Setibanya di hospital, para doctor dan jururawat sibuk dengan tugas mereka untuk menyelamatkan Imran yang kelihatan begitu tenat. Di rumah, Rila tiba-tiba terasa begitu takut. Dia seakan dapat merasa apa yang Imran sedang hadapi. Setiap apa yang dilakukan Rila berasa seperti ada sesuatu yang tidak kena. Telefon Rila berdering hebat. Rila terpaku bila mendengar berita yang telah disampaikan kepadanya. Serta-merta, Rila mencapai beg tangannya lalu bergegas ke hospital. Hatinya yang dulu dipenuhi dendam terhadap jejaka itu tiba-tiba berubah menjadi kasihan. Sayu matanya menatap wajah insan yang pernah dicintainya itu.

"Kak Rila," Sahut Iffah padanya.

"Iffah tahu sekarang siapa sebenarnya kakak pada abang Imran. Iffah tahu abang sangat sayangkan kakak." Iffah akhiri kata-kata sambil menghulurkan diary Imran pada Iffah. "Diari ni terjatuh dari beg abang masa dia hendak ke kuliah pagi tadi. Iffah disuruh makcik untuk sampaikan pada abang." Diari tersebut bertukar tangan. Rila mengambil diari itu sambil teresak-esak menahan sebak. Rila membaca diari itu. Hatinya pilu apabila mengetahui betapa tulusnya cinta Imran terhadapnya. Makcik Suraya datang mendekati Rila. Wanita itu mengurut-urut lembut bahu Rila. Gadis yang telah dia restui untuk menjadi menantu dan isteri kepada anak tunggalnya.

"Rila maafkan makcik, ya. Makcik tak tahu perkara sebenarnya. Sekarang, marilah kita berdoa agar Imran pulih kembali." Makcik Suraya berkata pada Norila dalam tangisannya. Doktor keluar dari bilik kecemasan. Norila, Iffah Natasya dan ibubapa Imran bergegas mendapatkannya.

"Doktor, bagaimana dengan anak kami?" tanya Makcik Suraya.

"Maafkan kami makcik. Kami telah mencuba sedaya-upaya". Doktor Cina itu mengatakan rasa kesalnya kepada ibu bapa Imran. Norila tergamam tidak terkata.

"Im, maafkan Rila…". Norila pasrah dan mula melangkah longlai kearah insan yang terbujur kaku itu.

Sesungguhnya ini semua adalah takdir Tuhan. Kita tak mampu membuat apa-apa.

Penghantar:

Yang Ku Cipta...

Emelkan ciptaan anda ke kasmaran@singnet.com.sg




Copyright © Kasmaran. All rights reserved.
Liana 2003